Monday, 1 February 2016

HATI

“Hati ini walau dia tak besar mana, tetapi disitulah ada tersimpan segala-galanya”
Itulah Hati..

Akan sampai satu masa dalam hidup, kita akan faham. Bahawa hidup ini bukanlah untuk puaskan hati orang lain. Tetapi untuk lebih menghargai diri sendiri.

 
Saat kita buntu. Kita terus mengalah. Kenapa begitu mudah?
“The moment we reached dead-end. We gave up. Why is it so easy?”


Hye! Hye!

Hai .. 
Assalamulaikum semua. Dah lama tak menulis kat blog. Serius rindu gila. tapi apakan daya dulu busy dengan spm lahh nie busy dengan stpm. Dah lah tahun nie final. Memang banyak gila lah kajian dengan kerja kursus yang nak kena buat. Dah alang-alang buka nie ape lagi. hahaha.
Hope tahun nie banyaklah boleh updates kat sini. Macam-macam idea nak tulis. Macam-macam juga lah yang nak di kongsikan. 

Saturday, 22 February 2014

Ceritara-Ku

My Story Today .. 

Hello guys ? Hehe dah lama Eyida tak update iyedok? Hm tulaa busy katonya haha nak update nak update tapi tak update update jugak. Hurm nie haa baru sempat dan teringat nak update hahaa. Now dah bulan dua, cepatnya masa berlalu. 

Okay, this year Eyida bakal mengambil yeshpiyemm (SPM) . Haa dengar macam havoc je kan? haha havoc kea. Havoc laa sangat. Hehehe

Tahun nie dah tak boleh nak memain sangat dah, dah nak dekat  yeshpiyemm (SPM) haha hurm tapi boleh ke aku fokus haa watlek watpeace jee ahaa. hurm ape ekk lagi nak cakap, blank dah otak. Takpe, lain kali kalau Eyida update, eh kejap, entah updates entah tidak iyedok? Hurm hahaa , inshaaAllah kalau ade masa Eyida akan updates lebih banyak lagi story. Kalau selalu updates , takut bosan pulak korang nanti iyedok ? :*
Hurm. Azam aku this year ialah tunaikan azam-azam yang lepas haa banyak yang belum tercapai lagi haha hurm. korang achener? dah tercapai haha tak kan haha lol ok . Hurm Eyida rasa tu jee kot, tak tahu dah nak tulis apa lagi hahah. Okay-lah byeee holla cikebum cikebumm.  Double Peace :D Assalamulaikum ..

-Tahun paling yang mencabarkan 2014- Hahaha !
#KeepSmile

My Story !

Perjalanan hidup kita mempunyai pilihann. Namun kekadang kita tersempit di dalam membuat pencaturan. Sehingga memaksa akan sesuatu seolah tiada lagi kiasan dalam diri itu. Tanpa kita sedari apabila kita terpaksa memilih akan suatu keputusan itu sehingga kan telah melukai hari sesorang yang kita sayangi. 

Aku tak pernah menyesal dengan apa yang dah aku putuskan. Bagi aku, ini adalah semua ketentuan Allah dan kita hanya sebagai pelakon kena jalankan watak kita sebaiknya untuk menghabiskan jalan cerita yang sudah Allah rancangkan.

Allah selalunya akan merancang perjalanan hidup kita ke arah yang lebih baik. Dan biarlah Allah yang tentukan-Nya.

Dreams what you want to dreams, go where you want to go , be what you want to be because you only have one life and one chance to do it all.

#KeepSmile


Wednesday, 27 November 2013

Bahagia itu Pilihan

Kecewa? Cepat-cepat selak muka surat baru dalam hidup kita. Jnagan mengambil masa yang terlalu lama untuk mengenangkannya. Apabila beroleh kejayaan juga, jangan terlalu selesa. Ciptlah kegemilangan baru yang lebih baik. "berbahagialah hari ini, bukan untuk hari esok!"
Hati bagai direnjatkuasa elektrik bila membaca ayat ini. Ya, bukankah kita memiliki hari ini untuk bahagia? Esok masih terlalu jauh untuk digenggam, entah milik kita atau tidak. Dan KEBAHAGIAAN itu juga bukan seperti silap mata.

Cuti Sekolah Bermula !

             Hai Guy's ! Hurm rasanya dah lama Eyida tak updates kat blog ini. Rindu sesangat kat blog ini. So sekarang pun dah cuti sekolah. Rasanya ramai orang kat luar sana dah rancang macam-macam apa nak buat masa cuti sekolah bermula kan?. Sebab masa inilah sekeluarga berkumpul , boleh luangkan masa dengan family pergi bercuti ke kan?. Masa cutilah boleh rehat sepenuh-penuhnya. Eyida rasa cuti tahun ini, Eyida sekeluarga nak pergi Terengganu wahhh tak sabar dah ini okayhh .. Hope cuti tahun best macam cuti pada tahun yang sebelum-belum ini. Nak melawat keluarga dekat sana. So have fun with family guy's. Rancanglah cuti sebaik-baiknya. 

Wednesday, 16 October 2013

Kegagalan Bukan Segalanya

Dalam erti kata yang lain.. Kalau kita gagal, bukan gagal itu yang perlu difokuskan. Apa yang paling penting ialah rasa tidak putus asa, mencuba dan terus mencuba lagi sehingga berjaya. Semoga kita sentiasa dijauhkan daripada rasa berputus asa. Mohonlah kepada Allah agar kita berterusan diberi hidayah untuk berdoa kepada-Nya. Percayalah setiap ujian itu pasti ada penghujungnya. Orang yang pernah gagal jika berjaya bangkit daripada kegagalannya serta menghapuskan rasa putus asa, akhirnya dia akan berjaya. Ibaratnya begini.. Orang yang pernah jatuh akan tahu cara berhadapan dengan kegagalan, Seterusnya berhati-hati supaya tidak jatuh lagi. Berbanding orang yang sudah selesa berada dakam zon yang selesa, apabila terjatuh sekali pun kadangkala sukar untuk bangkit semula. Jadi kita dalam kotegori yang mana ??