Wednesday, 16 October 2013

Kegagalan Bukan Segalanya

Dalam erti kata yang lain.. Kalau kita gagal, bukan gagal itu yang perlu difokuskan. Apa yang paling penting ialah rasa tidak putus asa, mencuba dan terus mencuba lagi sehingga berjaya. Semoga kita sentiasa dijauhkan daripada rasa berputus asa. Mohonlah kepada Allah agar kita berterusan diberi hidayah untuk berdoa kepada-Nya. Percayalah setiap ujian itu pasti ada penghujungnya. Orang yang pernah gagal jika berjaya bangkit daripada kegagalannya serta menghapuskan rasa putus asa, akhirnya dia akan berjaya. Ibaratnya begini.. Orang yang pernah jatuh akan tahu cara berhadapan dengan kegagalan, Seterusnya berhati-hati supaya tidak jatuh lagi. Berbanding orang yang sudah selesa berada dakam zon yang selesa, apabila terjatuh sekali pun kadangkala sukar untuk bangkit semula. Jadi kita dalam kotegori yang mana ??

No comments :

Post a Comment