Saturday, 24 August 2013

Cinta Pasti Akan Tiba

     Biarkanlah masa yang lalu itu menjadi sejarah buat kita, kerana dari situ kita boleh belajar apa itu makna sebenar dalam sebuah nilai percintaan. Kerana mungkin yang pergi itu cinta tapi yang akan datang nanti adalah jodoh. Mungkin juga hari ini kita kehilangan orang yang kita sayang tetapi nanti akan datangnya seseorang yang menyayangi kita. Kerana Allah telah mencipta di ruang di antara jari-jari kita, supaya suatu hari nanti.. akan adanya seseorang yang diciptakan untuk kita memenuhi di setiap ruang-ruang itu serta memegang erat tangan kita buat selamanya !


Friday, 16 August 2013

Tak Semua Akan Menjadi Milik Kita

             Hai ! Hari ini Eyida nak update pasal apa erk? Hurm , orang kata jauh perjalanan .. luas pengalaman. Jadi Eyida rasa perjalanan kehidupan Eyida masih jauh, dan masih banyak benda lagi yang Eyida kena belajar daripada kehidupan ini. Yang Eyida tahu tak semuanya akan indah mahupun pahit kerna setiap dugaan dan cubaan datangnya dari Allah s.w.t. Jadi kita kena bersedia dengan setiap cubaan yang mendatang. Jadi jangan cepat putus asa dengan apa yang kita lakukan dan yakin dengan sekuat hati yang kita boleh dan andai ianya bukan untuk kita anggaplah ianya sebagai satu cabaran untuk masa akan datang. Jangan ingat kita ini sentiasa sempurna kerana di dalam dunia tiada yang sesempurna Maha Kuasa. Dan jangan takbur jika kita memiliki sesuatu kerana dalam sekelip mata Allah boleh tarik balik apa yang kita ada. Jadi bersyukurlah dengan setiap apa yang ada disamping kita.

Wednesday, 14 August 2013

Mungkinkah Dia ?

Adakah dia untukku? Dan mungkinkah dia benar-benar untukku? Semuanya masih samar-samar lagi ataupun terlalu awal untuku mengenal seseorang dengan lebih dekat. Entah aku pun tidak tahu jawapan apa yang layak aku berikan kepada setiap persoalan yang sering menjelma di fikiran ini. Bukan aku yang mencari tetapi dia yang menemuiku. Dan sehingga kini aku masih mencari jawapan untuk setiap persoalan itu dan tak di nafikan lagi kini aku buntu untuk memberi jawapan yang terbaik untuk persoalan itu.
Mungkinkah Dia Untukku?

Monday, 5 August 2013

Love Story

      Di situ ada cinta dan rasa bahagia tetapi di situ juga kita bisa rasa terluka.. Aku melirikkan kata jiwa yang syahdu, dalam irama yang kelu .. dalam nada yang bisu .. dalam hati yang pilu, dari kerah rinduku kerana kasihmu .. dari rasa cintaku maka engkau dengarkanlah suara hatiku yang ikhlas ini.
      Nilai sebuah rasa bukan hanya sekadar memilikinya , tetapi nilai itu lebih berharga andai kita dapat memenangi hatinya dengan penuh keikhlasan dihati. Meskipun tanpa melafazkan kata cinta dan juga sayang kerana cinta itu tidak pernah melukai dan tak pernah memungkiri sebuah kata hati.
      Cinta itu indah bagi yang mengerti, namun ucapkanlah walaupun sekali..agar hati tidak keresahan lagi.
                                                                   Itulah cinta sejati !

Sunday, 4 August 2013

Happy Day Today

    Hye ! Hari ini hari yang yang paling indah, sebab satu keluarga berkumpul hari ini sebab nak buat persediaan untuk hari raya. Wah ! Lagi 2 hari lagi nak raya. Tadi baru lepas cat rumah dan sekarang pula nak tukar langsir. Lepas itu nak kemas rumah lagi.. wow semangat nak raya dah dekat ini.. memang best sebab boleh bergurau senda dengan keluarga yang lain.
   Petang nanti nak beli baju raya untuk adik lelaki, kesian sebab diorang belum lagi ada baju raya. Tahun baju raya Eyida ada tga pasang, banyakan.. First baju warna merun, second warna oren and lastly warna coklat. 
   Okay ! Sampai dekat sini dulu Eyida tulis , nanti kalau ada masa lagi Eyida share cerita dengan korang semua lagi. Nak sambung balik buat kerja kemas rumah yang tergendala tadi. Bye hope your all get happy day with your family :*

Mungkin Bukan Untuk Diriku

Mungkin hanya disini hubungan aku dan si dia, dah seminggu berlalu namun 
untuk melupakannya bukanlah perkara yang mudah tetapi aku tetap doakan dia bahagia. Biarlah dia bahagia, yang hanya aku mampu hanya mendoakan untuknya agar dia bisa menemui orang selayaknya untuk dia dan yang pasti orangnya bukanlah aku dan mungkin seseorang yang jauh lebih baik dari aku dan mampu membuat dia bahagia dan sentiasa ada untuknya. Aku rela melepaskan dia kerana aku tahu.. yang aku tak mampu membuatnya bahagia disisiku. Biarlah dia menemui kebahagiaan dia sendiri. Dan aku pula harus meneruskan kehidupan harianku seperti selalu walau keadaan selepas ini berbeza tanpa dia disisi, namun aku harus cuba lupakan bayangnya dari ingatan ini. Mungki selepas ini tiada rindu buatmu lagi, kerana rindumu sudah lama terhenti buat diriku. Aku pula harap akan dapat menemui seseorang boleh menyayangi dan mencintai aku sepenuh tak kiralah cepat atau lambat :)
...Biarkan masa lalu itu menjadi sebuah kenangan...




Saturday, 3 August 2013

Salam Aidilfitri & Selamat Hari Raye

       Hai kepada semua ! semakin hari semakin dekat ketibaan syawal tahun ini dan akan berakhir Ramadhan tahun ini. Semoga ibadah puasa tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Bahang raya kian merasa akan disambut seisi keluarga dan sanak-saudara , mesti meriah bukan dapat berkumpul satu keluarga di hari yang bahagia. Persiapan yang buat ke belum? Baju raye dah beli ke? Kuih-muih dah buat atau dah beli? 
     Akhir kata, eyida ingin memohon maaf sekiranya ada buat orang terasa hati, susun jari memohon maaf di hari Raya yang mulia yang akan menjelang tiba. Selamat Hari Raya AidilFitri  Maaf Zahir dan Batin.. Raikan dengan tersayang :*