Hai ! Hari ini Eyida nak update pasal apa erk? Hurm , orang kata jauh perjalanan .. luas pengalaman. Jadi Eyida rasa perjalanan kehidupan Eyida masih jauh, dan masih banyak benda lagi yang Eyida kena belajar daripada kehidupan ini. Yang Eyida tahu tak semuanya akan indah mahupun pahit kerna setiap dugaan dan cubaan datangnya dari Allah s.w.t. Jadi kita kena bersedia dengan setiap cubaan yang mendatang. Jadi jangan cepat putus asa dengan apa yang kita lakukan dan yakin dengan sekuat hati yang kita boleh dan andai ianya bukan untuk kita anggaplah ianya sebagai satu cabaran untuk masa akan datang. Jangan ingat kita ini sentiasa sempurna kerana di dalam dunia tiada yang sesempurna Maha Kuasa. Dan jangan takbur jika kita memiliki sesuatu kerana dalam sekelip mata Allah boleh tarik balik apa yang kita ada. Jadi bersyukurlah dengan setiap apa yang ada disamping kita.
No comments :
Post a Comment