Mungkin hanya disini hubungan aku dan si dia, dah seminggu berlalu namun
untuk melupakannya bukanlah perkara yang mudah tetapi aku tetap doakan dia bahagia. Biarlah dia bahagia, yang hanya aku mampu hanya mendoakan untuknya agar dia bisa menemui orang selayaknya untuk dia dan yang pasti orangnya bukanlah aku dan mungkin seseorang yang jauh lebih baik dari aku dan mampu membuat dia bahagia dan sentiasa ada untuknya. Aku rela melepaskan dia kerana aku tahu.. yang aku tak mampu membuatnya bahagia disisiku. Biarlah dia menemui kebahagiaan dia sendiri. Dan aku pula harus meneruskan kehidupan harianku seperti selalu walau keadaan selepas ini berbeza tanpa dia disisi, namun aku harus cuba lupakan bayangnya dari ingatan ini. Mungki selepas ini tiada rindu buatmu lagi, kerana rindumu sudah lama terhenti buat diriku. Aku pula harap akan dapat menemui seseorang boleh menyayangi dan mencintai aku sepenuh tak kiralah cepat atau lambat :)
...Biarkan masa lalu itu menjadi sebuah kenangan...
No comments :
Post a Comment