Wednesday, 27 November 2013

Bahagia itu Pilihan

Kecewa? Cepat-cepat selak muka surat baru dalam hidup kita. Jnagan mengambil masa yang terlalu lama untuk mengenangkannya. Apabila beroleh kejayaan juga, jangan terlalu selesa. Ciptlah kegemilangan baru yang lebih baik. "berbahagialah hari ini, bukan untuk hari esok!"
Hati bagai direnjatkuasa elektrik bila membaca ayat ini. Ya, bukankah kita memiliki hari ini untuk bahagia? Esok masih terlalu jauh untuk digenggam, entah milik kita atau tidak. Dan KEBAHAGIAAN itu juga bukan seperti silap mata.

Cuti Sekolah Bermula !

             Hai Guy's ! Hurm rasanya dah lama Eyida tak updates kat blog ini. Rindu sesangat kat blog ini. So sekarang pun dah cuti sekolah. Rasanya ramai orang kat luar sana dah rancang macam-macam apa nak buat masa cuti sekolah bermula kan?. Sebab masa inilah sekeluarga berkumpul , boleh luangkan masa dengan family pergi bercuti ke kan?. Masa cutilah boleh rehat sepenuh-penuhnya. Eyida rasa cuti tahun ini, Eyida sekeluarga nak pergi Terengganu wahhh tak sabar dah ini okayhh .. Hope cuti tahun best macam cuti pada tahun yang sebelum-belum ini. Nak melawat keluarga dekat sana. So have fun with family guy's. Rancanglah cuti sebaik-baiknya. 

Wednesday, 16 October 2013

Kegagalan Bukan Segalanya

Dalam erti kata yang lain.. Kalau kita gagal, bukan gagal itu yang perlu difokuskan. Apa yang paling penting ialah rasa tidak putus asa, mencuba dan terus mencuba lagi sehingga berjaya. Semoga kita sentiasa dijauhkan daripada rasa berputus asa. Mohonlah kepada Allah agar kita berterusan diberi hidayah untuk berdoa kepada-Nya. Percayalah setiap ujian itu pasti ada penghujungnya. Orang yang pernah gagal jika berjaya bangkit daripada kegagalannya serta menghapuskan rasa putus asa, akhirnya dia akan berjaya. Ibaratnya begini.. Orang yang pernah jatuh akan tahu cara berhadapan dengan kegagalan, Seterusnya berhati-hati supaya tidak jatuh lagi. Berbanding orang yang sudah selesa berada dakam zon yang selesa, apabila terjatuh sekali pun kadangkala sukar untuk bangkit semula. Jadi kita dalam kotegori yang mana ??

Monday, 14 October 2013

Ada Dalam Tiada

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah pada sebuah cinta? Andai kata derita itu hanyalah harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki? .. Namun siapalah kita untuk menentukan itu semua .. Malam tetap gelap dan berbulan, Siang akan datang dengan sinar mataharinya.. Sama ada atau tiada semuanya akan seperti biasa. Walaupun ada yang berubah dan hilang. Jujur ku katakan rasa sayang ini tetap ada walaupun engkau tidak ada di sisi ku. Bukan mudah untukku lupakannya. 


Monday, 23 September 2013

Rintihan Jiwa

Duhai kasih.,
 Izinkanlah ku mencoretkan mimpi indah buatmu ..
Agar diriku dapat melakarkan sebuah rindu di sebalik kalbu ..

Duhai kasih.,

 Seandainya ku tak mampu, melukiskan hari indahmu ..
 Maka kau izinkanlah diriku, melakarkan sebuah senyuman terindah buatmu ..

Duhai kasih.,
 Andai adanya ingkar dihati, menepis wujudnya di sisimu ..
 Andai bibir kelu untuk hujani bicara indah pada kemarau di hati ..
 Aku rela .. merelakan jari jemari menjadi pengganti ..
 Menarikan irama indahnya cinta kita ..

Duhai kasih.,
 Seperti udara yang kuhela., kau selalu akan ada ..
 Hanya dirimu yang bisa membuatku .. tenang dan tanpamu
 Ku akan merasa sepi ..

Friday, 20 September 2013

Jodoh Itu Pasti

Hai ! Hari ini eyida nak updates pasal apa erk? Hurm rasanya dah lama tak updates blog jadi hari ini eyida updates nak blog. Orang kata dalam percintaan ini kita memerlukan sebuah pengorbanan untuk membuat orang kita sayang itu gembira. Cinta ini umpama kota kristal, yang hanya indah di penglihatan tetapi derita dan sengsara di perasaan sendiri. Orang kata .. Orang yang kita cintai itu tak semestinya dia adalah jodoh buat kita, dan kadang-kadang orang yang paling kita benci itu adalah orang yang telah ditakdirkan untuk kita. Dalam hidup kita ini memiliki dua pilihan iaitu memilih atau dipilih. Jika kita memilih maka pilihlah yang terbaik buat diri kita, dan jika kita dipilih, maka jadilah yang terbaik buat dirinya.

Friday, 6 September 2013

Love Story ..

                  Cinta.. kata-kata itu selalu bermain di telinga dan fikiran setiap orang. Memang benar, di saat kita memikirkan seseorang yang kita sangat cintai dan tak akan pernah habis waktu untuk semua itu. Cinta juga dapat membuat kita kembali bersemangat dalam menjalani kehidupan harian serta dapat menikmati hari-hari yang penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Cinta .. adalah anugerah yang terindah yang diberi oleh Maha Pencipta kepada makhluknya .. jadi hargai orang yang ada di depan mata jangan sekali-kali meragui-nya dan Cinta.. kata-katanya memberi erti yang sangat mendalam bagi setiap insan yang sedang mengalami situasi ini.. Jatuh cinta seolah-olah telah menyatukan dua insan yang berbeza untuk bersama dalam satu ikatannya serta kedatangan cinta membuatkan diri kita tak akan berhenti mensyukuri nikmat Allah .. InshaAllah :D


Saturday, 24 August 2013

Cinta Pasti Akan Tiba

     Biarkanlah masa yang lalu itu menjadi sejarah buat kita, kerana dari situ kita boleh belajar apa itu makna sebenar dalam sebuah nilai percintaan. Kerana mungkin yang pergi itu cinta tapi yang akan datang nanti adalah jodoh. Mungkin juga hari ini kita kehilangan orang yang kita sayang tetapi nanti akan datangnya seseorang yang menyayangi kita. Kerana Allah telah mencipta di ruang di antara jari-jari kita, supaya suatu hari nanti.. akan adanya seseorang yang diciptakan untuk kita memenuhi di setiap ruang-ruang itu serta memegang erat tangan kita buat selamanya !


Friday, 16 August 2013

Tak Semua Akan Menjadi Milik Kita

             Hai ! Hari ini Eyida nak update pasal apa erk? Hurm , orang kata jauh perjalanan .. luas pengalaman. Jadi Eyida rasa perjalanan kehidupan Eyida masih jauh, dan masih banyak benda lagi yang Eyida kena belajar daripada kehidupan ini. Yang Eyida tahu tak semuanya akan indah mahupun pahit kerna setiap dugaan dan cubaan datangnya dari Allah s.w.t. Jadi kita kena bersedia dengan setiap cubaan yang mendatang. Jadi jangan cepat putus asa dengan apa yang kita lakukan dan yakin dengan sekuat hati yang kita boleh dan andai ianya bukan untuk kita anggaplah ianya sebagai satu cabaran untuk masa akan datang. Jangan ingat kita ini sentiasa sempurna kerana di dalam dunia tiada yang sesempurna Maha Kuasa. Dan jangan takbur jika kita memiliki sesuatu kerana dalam sekelip mata Allah boleh tarik balik apa yang kita ada. Jadi bersyukurlah dengan setiap apa yang ada disamping kita.

Wednesday, 14 August 2013

Mungkinkah Dia ?

Adakah dia untukku? Dan mungkinkah dia benar-benar untukku? Semuanya masih samar-samar lagi ataupun terlalu awal untuku mengenal seseorang dengan lebih dekat. Entah aku pun tidak tahu jawapan apa yang layak aku berikan kepada setiap persoalan yang sering menjelma di fikiran ini. Bukan aku yang mencari tetapi dia yang menemuiku. Dan sehingga kini aku masih mencari jawapan untuk setiap persoalan itu dan tak di nafikan lagi kini aku buntu untuk memberi jawapan yang terbaik untuk persoalan itu.
Mungkinkah Dia Untukku?

Monday, 5 August 2013

Love Story

      Di situ ada cinta dan rasa bahagia tetapi di situ juga kita bisa rasa terluka.. Aku melirikkan kata jiwa yang syahdu, dalam irama yang kelu .. dalam nada yang bisu .. dalam hati yang pilu, dari kerah rinduku kerana kasihmu .. dari rasa cintaku maka engkau dengarkanlah suara hatiku yang ikhlas ini.
      Nilai sebuah rasa bukan hanya sekadar memilikinya , tetapi nilai itu lebih berharga andai kita dapat memenangi hatinya dengan penuh keikhlasan dihati. Meskipun tanpa melafazkan kata cinta dan juga sayang kerana cinta itu tidak pernah melukai dan tak pernah memungkiri sebuah kata hati.
      Cinta itu indah bagi yang mengerti, namun ucapkanlah walaupun sekali..agar hati tidak keresahan lagi.
                                                                   Itulah cinta sejati !

Sunday, 4 August 2013

Happy Day Today

    Hye ! Hari ini hari yang yang paling indah, sebab satu keluarga berkumpul hari ini sebab nak buat persediaan untuk hari raya. Wah ! Lagi 2 hari lagi nak raya. Tadi baru lepas cat rumah dan sekarang pula nak tukar langsir. Lepas itu nak kemas rumah lagi.. wow semangat nak raya dah dekat ini.. memang best sebab boleh bergurau senda dengan keluarga yang lain.
   Petang nanti nak beli baju raya untuk adik lelaki, kesian sebab diorang belum lagi ada baju raya. Tahun baju raya Eyida ada tga pasang, banyakan.. First baju warna merun, second warna oren and lastly warna coklat. 
   Okay ! Sampai dekat sini dulu Eyida tulis , nanti kalau ada masa lagi Eyida share cerita dengan korang semua lagi. Nak sambung balik buat kerja kemas rumah yang tergendala tadi. Bye hope your all get happy day with your family :*

Mungkin Bukan Untuk Diriku

Mungkin hanya disini hubungan aku dan si dia, dah seminggu berlalu namun 
untuk melupakannya bukanlah perkara yang mudah tetapi aku tetap doakan dia bahagia. Biarlah dia bahagia, yang hanya aku mampu hanya mendoakan untuknya agar dia bisa menemui orang selayaknya untuk dia dan yang pasti orangnya bukanlah aku dan mungkin seseorang yang jauh lebih baik dari aku dan mampu membuat dia bahagia dan sentiasa ada untuknya. Aku rela melepaskan dia kerana aku tahu.. yang aku tak mampu membuatnya bahagia disisiku. Biarlah dia menemui kebahagiaan dia sendiri. Dan aku pula harus meneruskan kehidupan harianku seperti selalu walau keadaan selepas ini berbeza tanpa dia disisi, namun aku harus cuba lupakan bayangnya dari ingatan ini. Mungki selepas ini tiada rindu buatmu lagi, kerana rindumu sudah lama terhenti buat diriku. Aku pula harap akan dapat menemui seseorang boleh menyayangi dan mencintai aku sepenuh tak kiralah cepat atau lambat :)
...Biarkan masa lalu itu menjadi sebuah kenangan...




Saturday, 3 August 2013

Salam Aidilfitri & Selamat Hari Raye

       Hai kepada semua ! semakin hari semakin dekat ketibaan syawal tahun ini dan akan berakhir Ramadhan tahun ini. Semoga ibadah puasa tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Bahang raya kian merasa akan disambut seisi keluarga dan sanak-saudara , mesti meriah bukan dapat berkumpul satu keluarga di hari yang bahagia. Persiapan yang buat ke belum? Baju raye dah beli ke? Kuih-muih dah buat atau dah beli? 
     Akhir kata, eyida ingin memohon maaf sekiranya ada buat orang terasa hati, susun jari memohon maaf di hari Raya yang mulia yang akan menjelang tiba. Selamat Hari Raya AidilFitri  Maaf Zahir dan Batin.. Raikan dengan tersayang :*

Friday, 5 July 2013

Sahabat sejati

                 Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi nohtarnye kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa sahabat yang lain biarpun tanpa bayangnya.
                  Sahabat yang sejati adalah orang selalu bercakap benar kepada anda bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda dan akan sentiasa ada dengan kita bila waktu susah dan senang , perih dan bahagia dapat harungi bersama itulah SAHABAT :*

Sunday, 2 June 2013

Dan Sebenarnya.... cINTA

 

        Cinta itu bukanlah sebuah boneka yang kita teringin dan membayarkannya dengan duit lalu kita dapat memilikinya. Cinta itu tiada harga harga dan tak tentu bila hadirnya. Cinta memerlukan kata sayang yang terluah dan terpendam. Sayang juga terluah yang mengatakan kamu sayangkan dia kerana dirinya yang sangat istimewa pada matamu. Sayang juga tak terluah yang mendesak dirimu membuat ikrar dalam hati bahawa hati kamu sedang dimiliki oleh seseorang yang terlalu istimewa pada pandangan mata kamu. Hargailah cinta yang ada di depan mata dan jangan sesekali mendustakannya.

Saturday, 18 May 2013

Yang Terindah

         Semua kerana dirimu ku berubah, hidup kini penuh dengan senyuman ;D 
dan memori yang dirimu berikan ianya amat berharga dan akan ku jadikan sebuah kenangan yang terindah yang tak akan pernah aku padamkan ! Terima kasih atas segalanya, amat ku hargai.. Kerna bahagia mu , bahagia buat diriku juga (^;0)
 

Thursday, 28 March 2013

Novel itu Milik Aku !


 And 



Hai semua ! Okay hari ini eyida nak share sikit novel yang paling best lah (bagi eyida.) So, inilah novel yang bakal jadi milik eyida.. Eyida nak sangat novel ini sebab best gila. Hope novel still ada lagilah dekat pasaran!  Jangan kehabisan stok sudahlah yeaahh. Hope still ada Aminn ~~!!!!!


Saturday, 16 March 2013

If You Miss Me..


Cintailah sesorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelum ini. Cinta itu bukanlah bagaimana kita dapat mencinta, menyayangi dan menerima dengan sempurna tetapi cinta itu adalah sebagaimana kita dapat menerima yang tidak sempurna itu dan membuatnya sempurna di mata kita <Domolieta>

Friday, 15 March 2013

Love is patient


Love is patient, love is kind, It does no envy, is does not boast, it is not proud. It is not rude, itis not self-seeking, it is not easily angered, it keeps not record of wrongs. Everyone says you only fall in love once, but thats not true. Because every time I See you . I fall in love all over again !

Semua Akan Indah



I love You more today than. I did yesterday, but not as much as I will tomorrow. For you see, each day I Love You More. Today more than yesterday and less than tomorrow. For me there is only you (Muhammad Amer Bin Ishak) still love you !

Saturday, 2 March 2013

Love For Anythings

Cinta bukan sekadar perasaan menyayangi semata-mata. Tetapi apa yang lebih penting adalah harus juga ada keikhlasan, kerana perasaan menyayangi itu boleh datang dan pergi begitu sahaja. Cinta juga tidak akan berakhir kerana memang cinta tidak harus berakhir. Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasanganNYa. Kekasih terbaik adalah sahabat terhebat !

Friday, 15 February 2013

Keabadian CintaMu..

Tanpanya sunyi disisi ini, hadirnya membuat seribu kemaknaan padaku. Dia selalu ada disaat senang or susah, sentiase memahami, take care, dan dia akan sentiase bagi nasihat dekat aku supaya jangat cepat sangat melatah. Dia akan sentiasa ada buat aku ! Thanks for anythings..

Thursday, 14 February 2013

Love you..

Will you still love me tomorrow and forever
and ever?> I Love you...

Setulus Cintamu

Sepi bukan bererti Hilang, Diam bukan bererti Lupa !
Jauh bukan bererti putus, Kerna diantara kita ada ikatan yang tidak mudah dilupakan...
Iaitu Percintaan yang Tulus, Setulus cintamu sayang !

Wednesday, 13 February 2013

MenghargaiNye..

Belajarlah mencintai orang yang hari ini masih menjadi milikmu, sebelum dia pergi dari hidupmu. Hari ini mungkin dia masih lagi mencintaimu, tetapi mungkin esok tak akan ada lagi cinta untukmu & mungkin besok kamu yang akan lebih mencintai dia ketika dia sudah pun pergi. Jadi,  jangan pernah sia-siakan cinta yang sekarang ini, kerna ianye yang telah mengisi hatimu.. Tanpa dia siapa lagi bukan??..

Sunday, 10 February 2013

Indahnya kehidupan

    Sekarang ini dah masuk form 4, banyak benda kena buat yang paling penting sekali nota. Huh memang banyak gila nota kena salin, tapi dah masuk form 4 ini memang best. Banyak benda yang baru, cth:- kelas baru, kawan baru, buku teks baru, tempat baru, pengalaman baru and pakwe baru *opsss tiada istilah pakwe baru dalam kamus hidup aku* just setia yang satu. Hurm banyak pengalaman baru aku dah belajar, s0 tak ada masa dah nak main-main macam dulu dah. Semua aspek memang aku ambik serius, 
      
       S0 tahun baru, azam baru, kehidupan baru.. semua baru kecuali pakwe still yang satu itu tiada yang lain.. Just still Muhammad Amer in my heart :) 

Saturday, 19 January 2013

-Setia Hujung Nyawa-

-Sinopsis Novel Setia Hujung Nyawa-

Pengatin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunNye. Kala terpandang Elsalina Imani, hatiNye terus terpaut. Gadis itu segera dilamar.
Haliza menerima lamaran untuk anak gadisNye atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Elsalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintaiNye. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain uba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Elsalina terlalu baik melayaniNye. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala hasrat menyambut cinta Elsalina, isteriNye disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah 'menyentuh' isteriNye itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya.
Elsalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerna memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

*Novel ini telah pun dijadikan cerita di TV3. Setiap hari isnin hingga khamis, disiarkan pukul 7.00 malam hanya di Tv3.. Saksikan sekarang ! 


Hari Yang Indah

Mulakan kehidupan anda dengan ceria, mulakan dengan senyuman yang manis. Untuk bercerita tentang kehidupan kita mungkin belum tentu sama, mabye lain dalam permikiran kita dengan ape yang akan berlaku. So jangan give up untuk teruskan kehidupan harian anda, kerna belum tentu nasib kita malang, akan malang jugak esoknye mabye akan lebih baik daripada yang hari semalam. Life just for fun, not be sad ! Hemoi-hemoi :*

Kesetiaan & Kejujuran

AIR memerlukan GULA untuk manis. CERITA perlukan PELAKON utk diperlakonkan. Dan CINTA perlukan kesetiaan dan kejujuran{♥}..Orang yang betul-betul ikhlas cintakan kita ialah orang yang boleh terima diri kita seadanya tanpa membandingkan diri kita dengan orang lain♥..CINTA itu FANATIK Datangnya dari AUT0MATIK perlu diurus secara SISTEMATIK tak perlu buat latihan MATHEMATIK cuma lebihkan sedikit R0MANTIK ♥.

Kehidupan yang Sebenar..

Kehidupan yang sebenar tak pernah lari daripada dugaan yang sering mendatang, hidup ini mempunyai liku-liku kehidupan yang ade pelbagai masalah yang tersendiri. Kehidupan tak pernah sepi, sepi daripada cubaan yang mendatang:D 

Aku dan Dia

Kenangan tentang aku dan dia, bermula dekat "Facebook". Mula-mulaNye hanya sebagai kawan dekat dalam facebook tapi entah macam mane boleh melekat menjadi pasangan couple. w0ow! Tarikh couple:-27.07.2012 , hari yang tak dapat dilupakan. Dia duduk dekat kulim & aku pulak duduk dekat Perak, jauhkan tapi berjauhan bukan halangan terhadap hubungan kita orang. Just memerlukan kepercayaan yang kuat, kejujuran yang pasti & sentiase memahami antara satu sama lain. Tentang dia seorang yang baik, not bad, take care, kelakar and sweet gitu.

Friday, 18 January 2013

Kawan EngkauLah Sahabatku !

Hai, ini adalah picture kenangan bersama-sama kawan dekat sekolah tahun lepas. Mase ini ade acara sukan dekat sekolah even itu dah terlampau happy bak kate orang posing sampai tak ingat dunia but the way orang duk bersemangat pasal sukan yang kite orang pulak duk bersemangat posing sana sini larghh.. Hurm tapi best sebab kalau dengan kawan kita akan rase yang kita ini happy walaupun dalam keadaan tengan moody.. Hahahah i love My friend'z .. Hemoi-hemoi :D 

Love Heart

Kadangkala kita tak sedar., yang kita terlalu bersedih untuk seseorang yang tak pernah pedulikan kita sehingga membuat orang yang betul-betul ambil berat tentang kita juga turut bersedih. Kadangkala takdir kita hanya setakat dapat bertemu dan kenal, tapi untuk berjodoh mabye belum pasti lagi. Jadi redha dan pasrah serta lepaskanlah iaNye saja dari hati kita. Kita tak sedar yang hati kita menjadi lemAh dan sakit sepanjang kita bercinta tanpa adeNye ikatan yang halal. Maka, kembalilah bertaubat dan maraih cinta daripadaNye yang Maha Esa. 

   Kerna cinta itu adelah tanggungjawab, aiNye perlu dirancang dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Cinta itu juga FITRAH, kerna manusia yang memiliki fitrah untuk mencintai dan dicintai , tapi cinta itu hendaklah dibina atas dasar "KEIMANAN".

Hati Tanpa Kau Sedar

Kau berubah tanpa ku sedar, bila kau datang, bila kau hadir iaNye pasti akan indah tetapi bila kau pergi biar ramai yang terhiris dan akhirNye kau sendiri yang lebih terluka. Yang telah melukakan hati kita kerna orang itu juga yang pernah membuat kita lebih tersenyum gembira :D

Love You

*Distance is not for the fearful , it is for the Bold . It's for those who are willing to spend a lot of time alone in exchange for a little TIME with the one they LOVE . It's for those knowing a Good thing when they see it , even if they don't see itNearly enough**

Cinta D'cintai


Kehidupan tak pernah sepi , sepi daripada dugaan yang mendatang . Tapi kita perlu ingat bahawa Allah S.w.t akan ade disamping kita sama ada kita di dalam keadaan susah ataupun senang . Keindahan & kehidupan tak dapat dipisahkan kerna ianye telah tercipta auranya sendiri . Kehidupan akan lebih sempurna dengannye , Heart Insyallah kalau jodoh itu ade bersama dengan kite, sejauh mane pun kite mengelak iaNye tetap untuuk kita, dan selagi itu kita akan tetap bersama sampai hujung nyawa kite.

Jodoh Tak Kenal Usia

Jika sesuatu itu milik kita, sesulit apepun jalannye. Apepun rintangannye, pasti akan jadi milik kita kerna memang untuk kita. Tapi jika sesuatu itu bukan milik kita walaupun mudah jalannye, walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkanNye, tidak akan pernah jadi milik kita. Kerna memang bukan untuk kita, apa yang ada di dalam dunia ini memang sukar kita milikiNye.